Kuala Nerus, 24 Ogos 2025 – Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Encik Razman bin Ibrahim, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Islam Sultan Mahmud UMT.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan hubungan strategik antara kedua-dua institusi melalui perkongsian pandangan, perbincangan mengenai pelaksanaan aktiviti, kursus, serta aspek pengurusan kewangan.
Pihak PISM menyambut baik usaha kerjasama yang dibawa dalam lawatan ini, yang diyakini mampu memperkukuh hubungan ukhwah, selain memberi nilai tambah kepada pembangunan program bersama pada masa hadapan.
Pusat Islam Sultan Mahmud UMT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kunjungan ini, dengan harapan agar kerjasama yang telah dirintis dapat direalisasikan dan diperkukuhkan demi manfaat bersama.








