PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

Karpet Baharu Masjid UMT Dalam Proses Penilaian

Kuala Nerus, 10 September 2025 – Mesyuarat Khas Jawatankuasa Masjid Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berlangsung bagi meneliti perkembangan terkini berkaitan penggantian karpet baharu Masjid UMT.

Dalam mesyuarat tersebut, jawatankuasa dimaklumkan bahawa sampel karpet telah diterima untuk penilaian awal. Proses penilaian ini memberi tumpuan kepada aspek kualiti, ketahanan, kesesuaian dengan imej masjid, serta tahap keselesaan yang dapat diberikan kepada para jemaah.

Namun demikian, hasil semakan awal mendapati sampel karpet yang diterima masih belum menepati ciri dan spesifikasi asal tempahan. Sehubungan itu, pihak jawatankuasa akan terus memastikan penilaian dilaksanakan secara teliti agar karpet yang dipilih benar-benar memenuhi piawaian dan memberikan keselesaan optimum kepada jemaah.

Pihak pengurusan Masjid UMT akan terus mengemaskini perkembangan berhubung perkara ini dari semasa ke semasa sebagai tanda komitmen terhadap usaha penambahbaikan berterusan demi kesejahteraan dan keselesaan warga kampus serta masyarakat setempat.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca