PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

Jejak Ilmu dan Bakti Ustaz Faisal Ibrahim di Masjid UMT

Masjid UMT, 17 Disember 2025 – Pusat Islam Sultan Mahmud dan Jawatankuasa Masjid Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Faisal Ibrahim atas segala sumbangan ilmu, bimbingan serta khidmat dakwah yang tidak ternilai sepanjang lapan tahun bersama Masjid UMT.

Sepanjang tempoh tersebut, Ustaz Faisal telah menjadi antara tenaga penggerak utama kuliah Maghrib, pengisian ilmu dan program kerohanian yang sentiasa dinanti oleh warga kampus. Keikhlasan, kelembutan dan ketegasan beliau dalam menyampaikan ilmu telah meninggalkan kesan mendalam di hati para jemaah dan warga UMT.

Doa tulus kami mengiringi langkah Ustaz Faisal yang bakal berpindah ke negeri Kelantan, semoga terus diberikan kekuatan dan keberkatan dalam meneruskan perjuangan menyebarkan ilmu serta menabur bakti di tempat baharu.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca