PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

BONDING 2 HALA BELIA PERKIM & KELAB PERKIM UNIVERSITI TERENGGANU PERKUKUH UKHUWAH

KUALA NERUS, 17 Januari 2026 – Program Bonding 2 Hala anjuran Belia PERKIM Terengganu dengan kerjasama Kelab PERKIM Universiti (KPU) Terengganu telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu bertempat di Pantai Teluk Ketapang.

Program ini melibatkan penyertaan Belia PERKIM Terengganu, KPU Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan KPU Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), dengan matlamat utama mengeratkan ukhuwah silaturrahim secara dua hala serta memperkukuh jaringan kerjasama antara belia dan mahasiswa PERKIM.

Menurut Presiden Kelab PERKIM UMT merangkap Setiausaha Belia PERKIM Terengganu, Asma, program ini turut berjaya memupuk semangat kepimpinan, kebersamaan dan kerjasama strategik dalam kalangan peserta, sejajar dengan usaha membentuk penggerak dakwah yang progresif, berdaya saing dan bersatu hati.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan jalinan kerjasama yang terjalin dapat diteruskan serta diperkasakan pada masa hadapan bagi memastikan kelestarian gerak kerja PERKIM terus mantap dan bermanfaat kepada masyarakat.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca