Skip to main content

PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

SUKAN RAKYAT R&R@UMT 2026 ERATKAN UKHUWAH WARGA UMT MELALUI SEMANGAT KESUKANAN

Kuala Nerus, 30 April 2026 – Canselori UMT telah menganjurkan Program Sukan Rakyat R&R@UMT (Refresh & Recharge @ UMT) 2026 di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan budaya hidup sihat dalam kalangan warga universiti. Program yang menghimpunkan warga UMT daripada pelbagai pusat tanggungjawab itu berlangsung dalam suasana meriah […]

DARI HATI MAHASISWA UNTUK WARGA EMAS

Chendering, 25 April 2026 – Kelab Muslim Youth Volunteer (MYV), Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Program Nur Emas di Summer Eldercare, Chendering sebagai usaha menyemai nilai kasih sayang, empati dan kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa melalui aktiviti khidmat komuniti. Program yang disertai oleh 18 orang ahli jawatankuasa MYV itu memberi […]

MUSLIMAH BANJIRI WOMEN’S TALK DI MASJID UMT

Kuala Nerus, 23 April 2026 – Program Women’s Talk: “Dengan Lillah Hilang Segala Lelah” anjuran Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila ratusan muslimah membanjiri Masjid UMT bagi mengikuti pengisian kerohanian yang disampaikan. Program yang menampilkan penceramah jemputan, Ustazah Muzayyanah Abdullah, pada asalnya berlangsung di Studio Al-Quran, […]

NAIB CANSELOR SANTUNI BAKAL HAJI UMT

Kuala Nerus, 15 April 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra dan Solat Hajat Bakal Haji UMT Bersama Naib Canselor sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada warga universiti yang bakal menunaikan ibadah haji pada musim 1447H/2026M. Majlis yang berlangsung di Studio Al-Quran, PISM itu menghimpunkan bakal-bakal […]

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB CANSELORI UMT DISERIKAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI

Kuala Nerus, 14 April 2026 – Kelab Canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Canselori 2026 yang disusuli dengan Majlis Hari Raya Aidilfitri Canselori 2026 dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kekeluargaan. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UMT bersama Timbalan-Timbalan Naib Canselor, barisan pengurusan universiti serta warga Canselori UMT […]

MAJLIS GRADUASI TOT GURU AL-QURAN UMT PERKASA PENDIDIKAN TAJWID MELALUI PENDEKATAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Kuala Nerus, 9 April 2026 – Majlis Graduasi Training of Trainers (TOT) Guru Al-Quran dengan Pendekatan Sains dan Teknologi telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Konvensyen Universiti Malaysia Terengganu (UMTCC), sebagai pengiktirafan kepada para peserta yang berjaya menamatkan latihan intensif dalam memperkasa pengajaran Al-Quran. Majlis graduasi telah disempurnakan oleh Prof. Ts. Dr. Muhammad Suzuri bin […]

KURSUS PERDANA HAJI 1447H/2026M PERINGKAT NEGERI TERENGGANU HIMPUNKAN 2,000 BAKAL JEMAAH DI UMT

Kuala Nerus, 4 April 2026 – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi menjadi lokasi penganjuran Kursus Perdana Haji 1447H/2026M Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung selama dua hari bermula 3 hingga 4 April 2026 di Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), UMT. Program anjuran Lembaga Tabung Haji Negeri Terengganu dengan kerjasama UMT ini merupakan penganjuran kali kelima […]

REBUT PAHALA BERSIHKAN JIWA

Kuala Nerus, 27 Februari 2026 – Masjid, Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjadi lokasi penganjuran Ijtimak Ramadan Terengganu (IRAT) 2026 yang menghimpunkan masyarakat bagi menghayati kemuliaan Ramadan menerusi pelbagai pengisian kerohanian dan ilmiah bertemakan “Ramadan+ Rebut Pahala, Bersihkan Jiwa”. Program tahunan ini merupakan anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Kuala Nerus, Pertubuhan IKRAM Kuala […]

NAIB CANSELOR UMT SANTUNI WARGA KAMPUS DI IFTAR PERDANA

KUALA NERUS, 10 Mac 2026 – Masjid Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini menjadi tumpuan warga kampus menerusi penganjuran Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana bersama Naib Canselor UMT yang berlangsung dalam suasana penuh keberkatan bersempena 20 Ramadan 1447H. Majlis yang menghimpunkan warga UMT, pelajar serta komuniti setempat itu dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran sebelum […]

REWANG KUIH TRADISIONAL SEMARAK SAMBUTAN 25 TAHUN UMT

KUALA NERUS, 9 Mac 2026 – Sempena Sambutan 25 Tahun Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) telah menganjurkan Program Rewang Kuih Tradisional di perkarangan Masjid UMT yang menghimpunkan warga universiti dan komuniti setempat dalam suasana penuh muafakat dan kebersamaan. Program ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMT yang turut menyertai aktiviti rewang […]